SEJARAH PPKI SK KG PASIR
Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Masalah Pembelajaran di sekolah ini
mula dibuka pada 2 Januari 2008. Puan Norhayati Binti Mat Rajab
merupakan pelopor kepada pembukaan kelas pendidikan khas di SK Kampong
Pasir ini sekaligus menjadi penyelaras bagi program Pendidikan Khas di
sini. Pada ketika itu masih belum ada murid yang mendaftar di kelas
Pendidikan Khas.
Oleh
itu, penyelaras mengambil kesempatan dengan menyediakan kelas bagi
murid dan guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Pada 17
Februari 2008, Program Pendidikan Khas Integrasi telah menerima murid
dengan rasminya. Jumla murid yang berdaftar pada tahun 2008 ialah
seramai 6 orang dan berusia di antara 9 hingga 13 tahun.
Mereka
dipilih daripada kalangan murid-murid aliran perdana yang mempunyai
keupayaan akademik yang sangat rendah dan mempunyai masalah tingkah
laku. Kebanyakan mereka datang dari sekolah-sekolah di sekitar SKKP.
Pada tahun 2010, murid PPKI telah bertambah menjadi 14 orang.
Murid-murid ini berusia diantara 8 sehingga 13 tahun. Kebanyakan murid
ini terdiri daripada ’slow learner’.
Pada
penghujung tahun 2012, PPKI telah mendapat bangunan tambahan iaitu
tandas dan dapur bagi kemudahan murid dan guru dalam melancarkan proses
pdp di dalam kelas. Dengan adanya tambahan bangunan baru ini dapat
memberi peluang kepada murid menjalankan aktiviti dengan lebih menarik
dan berkesan.
Pada
tahun 2014, bilangan murid telah bertambah menjadi 30 orang iaitu
terdiri daripada 18 orang murid lelaki dan 12 orang murid perempuan.
Bilangan guru adalah seramai 7
orang dan dua pembantu pengurusan murid. Pada tahun 2014 juga, PPKI
SKKP telah menerima Penolong Kanan Pendidikan Khas iaitu Pn Norisma Bt
Ismail.
Kini,
pada tahun 2015, bilangan murid adalah seramai 30 orang . PPM juga
telah ditambah seorang iaitu Cik Nurain Bt Mohd Sobri . Malah bangunan
baru juga telah bertambah dan digunakan untuk kelas dan juga bilik mesyuarat atau bilik tayangan
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletegood... creditvto cg siti intan farahana ;)
ReplyDelete