Sejarah

SEJARAH PPKI SK KG PASIR
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Masalah Pembelajaran di sekolah ini mula dibuka pada 2 Januari 2008. Puan Norhayati Binti Mat Rajab merupakan pelopor kepada pembukaan kelas pendidikan khas di SK Kampong Pasir ini sekaligus menjadi penyelaras bagi program Pendidikan Khas di sini. Pada ketika itu masih belum ada murid yang mendaftar di kelas Pendidikan Khas.
Oleh itu, penyelaras mengambil kesempatan dengan menyediakan kelas bagi murid dan guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Pada 17 Februari 2008, Program Pendidikan Khas Integrasi telah menerima murid dengan rasminya. Jumla murid yang berdaftar pada tahun 2008 ialah seramai 6 orang dan berusia di antara 9 hingga 13 tahun.
Mereka dipilih daripada kalangan murid-murid aliran perdana yang mempunyai keupayaan akademik yang sangat rendah dan mempunyai masalah tingkah laku. Kebanyakan mereka datang dari sekolah-sekolah di sekitar SKKP. Pada tahun 2010, murid PPKI telah bertambah menjadi 14 orang. Murid-murid ini berusia diantara 8 sehingga 13 tahun. Kebanyakan murid ini terdiri daripada ’slow learner’. 
Pada penghujung tahun 2012, PPKI telah mendapat bangunan tambahan iaitu tandas dan dapur bagi kemudahan murid dan guru dalam melancarkan proses pdp di dalam kelas. Dengan adanya tambahan bangunan baru ini dapat memberi peluang kepada murid menjalankan aktiviti dengan lebih menarik dan berkesan.
Pada tahun 2014, bilangan murid telah bertambah menjadi 30 orang iaitu terdiri daripada 18 orang murid lelaki dan 12 orang murid perempuan. Bilangan guru  adalah seramai  7 orang dan dua pembantu pengurusan murid. Pada tahun 2014 juga, PPKI SKKP telah menerima Penolong Kanan Pendidikan Khas iaitu Pn Norisma Bt Ismail.
Kini, pada tahun 2015, bilangan murid adalah seramai 30 orang . PPM juga telah ditambah seorang iaitu Cik Nurain Bt Mohd Sobri . Malah bangunan baru juga telah bertambah dan digunakan untuk  kelas dan juga bilik mesyuarat atau bilik tayangan

2 comments: